Wednesday, 15 October 2014

10 Tips Menulis Sebuah Buku Dan Novel



==========================
Tips Tak Berapa Nak Pendek
==========================

10 Tips Menulis Sebuah Buku Dan Novel

Berikut adalah tipsnya :

1. TULIS 300 PATAH PERKATAAN SEHARI. Kalau nak diukur secara kasar, satu muka surat words boleh cecah 300 lebih patah perkataan. Jadi kalau sibuk sangat, latihlah diri menulis sekurang-kurangnya satu page words sehari.

2. Tulis RANGKA UTAMA yang terdiri daripada:-
—> INTRO - Bagaimana cerita bermula.
—> MIDDLE - Klimaks dan isu utama cerita.
—> ENDING - Bagaimana cerita berakhir.
RANKA UTAMA ini sangat penting kerana ia ibarat peta kamu berjalan di dunia novel ciptaan kamu. Jadi cerita takde la lost dan ke laut.

3. CUBA CARI HARI2 DI MANA KAMU BOLEH MENULIS UNTUK BERJAM2 LAMANYA. Jangan menulis bila ada mood je sekiranya kamu mahu menulis novel jadi pekerjaan kamu!

4. CARI TEMPAT MENULIS YANG UNIK DAN SESUAI DENGAN ANDA. Kajian telah dibuat dan terbukti lain penulis, lain tempat di mana dia selesa menulis. Malah ada penulis terkenal yang selesa menulis di dalam jamban. Jadi carilah tempat yang kamu selesa. Kerana menulis tidak hanya di dalam bilik. Saya sendiri banyak menulis di FOOD COURT.

5. AMBIL TAHU HAD PATAH PERKATAAN PENERBIT YANG HENDAK DILAMAR. Ada penerbit yang mahukan manuskrip setebal 450-500 muka surat. Tapi ada juga penulis yang mahukan yang tidak lebih dari 60,000 patah perkataan. Jadi mohon ambil tahu dan atur jumlah patah perkataan atau muka surat novel anda. Jangan main bedal tulis je!

6. BUAT DATELINE MINGGUAN UNTUK DIRI ANDA. Seorang penulis harus disiplinkan dirinya. Jadi set target patah perkataan atau muka surat yang korang kena siap dalam masa seminggu. PATUHI DATELINE tersebut!

7. DAPAT FEEDBACK AWAL. Sepanjang korang menulis tu, jangan syok sendiri. Carilah targeted pembaca yang korang boleh percaya untuk bagi komen tentang novel korang tu. Jadilah takde la korang meroyan sebab manuskrip penuh korang kena reject. Dah penat menulis semua tu.

8. HANTAR ATAU TERBIT! Pastikan anda menulis habis manuskrip anda dan hantarnya ke syarikat penerbit. Kalau tak dapat, terbit sendiri atau apa saja. Jangan biarkan karya tersebut di dalam simpanan anda atau dibuang terus.

9. TERIMA KEGAGALAN! Gagal itu hanya untuk sementara. Jangan terus patah semangat bila ditolak oleh syarikat penerbitan pertama yang korang lamar. Novel aku kena tolak oleh 9 syarikat penerbitan sebelum penerbit yang ke-10 terbitkan dan aku dapat anugerah penulis kanak-kanak terbaik.

10. TULIS LAGI NOVEL BARU. Jangan terus cuti selama setahun selepas berjaya menyiapkan sebuah manuskrip. MELAINKAN NOVEL ITU BERJAYA DIJUAL SEBANYAK 12 JUTA COPIES SELURUH DUNIA! Terus tulis novel seterusnya. Kalau cuti pun jangan lebih dari seminggu.

SELAMAT MENULIS…

Sunday, 12 October 2014

Cara Mencipta Watak Jahat (Antagonis) Dengan Cepat



===========
TIPS PENDEK
===========

Soalan :

--> Macam mana nak cipta watak jahat dengan begitu mudah dan cepat untuk novel pertama saya?


Jawapan :

--> Cara:-

1. Cari seorang penjahat yang korang SUKA. BUKAN yang korang BENCI.

2. Tuliskan semua perkara yang korang TAHU TENTANG watak jahat tersebut.

3. Lepas tu, cuba BAYANGKAN penjahat itu adalah KAWAN BAIK korang.

4. KENAPA nak pilih penjahat yang korang SUKA dan samakan dengan KAWAN BAIK korang?

5. Ini kerana...Untuk menghasilkan novel yang hebat, korang haruslah SUKA dengan WATAK JAHAT sama macam korang SUKA dengan WATAK BAIK. Ini akan menjadikan jalan cerita korang lebih seimbang dan pembaca tidak punya satu pilihan iaitu SUKA dengan WATAK BAIK semata-mata.

Selamat mencuba! :)

Friday, 10 October 2014

Motivasi #3

"Jadi manusia jangan takut penat. Kerana ia resepi untuk manisan kejayaan." 

Wednesday, 8 October 2014

BAGAIMANA HENDAK MEMULAKAN PERENGGAN PERTAMA NOVEL DENGAN BAIK?



===========
TIPS PENDEK
===========

Soalan : 

- BAGAIMANA HENDAK MEMULAKAN PERENGGAN PERTAMA NOVEL DENGAN BAIK?

Jawapan : 

- Berikut adalah caranya:-

1. Beli..Ambil...Atau curi novel yang korang tak suka baca. 

2. Masuk bilik bersama novel tersebut. 

3. Baca perenggan pertama novel tersebut sambil memaki atau apa saja yang boleh melegakan rasa benci anda pada novel tersebut. 

4. Kemudian tulis bagaimana kau nak novel tu dimulakan. 

5. Mengikut kajian, kita akan lebih cepat mendapat idea untuk membetulkan kelemahan orang lain. 

Selamat mencuba! :)

Motivasi #2

"Di dalam dunia seni, tiada karya layak dipanggil sampah. Ia mungkin hanya tidak sesuai dengan golongan tertentu."

Motivasi #1

"Berangan itu tidak salah. Tetapi tidak berani, tabah dan berilmu untuk menjadikan angan itu satu realiti, itu salah kesalahan yang memalukan."

MENGHASILKAN PROLOG ATAU INTRO NOVEL YANG SANGAT MENARIK


============
TIPS PENDEK
============

Bagaimana hendak melatih diri untuk menghasilkan prolog atau intro novel yang sangat menarik? 

Caranya: 

1. Ambil pensel dan bawa ke sekolah, kolej, atau tempat kerja. 

2. Bungkus pensel itu dengan kain merah.

3. Lepas tu buka depan kawan2. Buat dengan penuh berhati-hati.

4. Bila ada kawan yang tanya pensel apa tu?

5. Jangan terus jawabnya. Sebaliknya suruh kawan kamu itu diam seketika.

6. Dengan nada berbisik, beritahu yang pensel itu sudah membunuh kucing kamu dengan kejam semalam.

7. Lepas tu kamu sambung kerja kamu dan letak pensel itu ke dalam bungkusannya kembali.

8. Sekiranya kamu menerima soalan bertalu-talu dari kawan2 kamu. Maknanya anda sudah semakin mahir memulakan novel anda dengan plot yang sangat menarik. Buat orang hendak membaca dan terus membaca novel anda hingga ke helaian terakhir.

Selamat mencuba. 

MENCIPTA WATAK PALING REALISTIK



===========
TIPS PENDEK
===========

Macam mana nak menghasilkan watak utama yang begitu realistik? 

Caranya : 

1. Bergerak ke arah cermin rumah anda. 

2. Lihat manusia yang ada pada muka cermin tersebut.

3. Saya pasti anda sangat mengenali insan tersebut. Malah anda boleh menulis setiap inci tentang dirinya bukan?

4. Maka, jadikanlah diri anda sebagai watak utama novel anda sebagai permulaan. Kalau takde apa yang menarik tentang diri anda, cuba bayangkan diri anda mempunyai ciri yang anda idamkan.

Selamat menulis!